MENARIK MENGENAI SIK

Sik merupakan daerah yang terletak dalam Negeri Kedah, Malaysia. Keluasan daerah Sik: 1635 km persegi, iaitu 17.35% dari keluasan Negeri Kedah. Daerah ini adalah daerah yang paling luas dalam Negeri Kedah. Ia bersempadan dengan daerah Padang Terap di sebelah barat laut, Negara Thailand di sebelah utara, daerah Baling di sebelah selatan, daerah Kuala Muda di sebelah barat daya dan daerah Pendang di sebelah barat.

Asal usul nama

Sik berasal daripada perkataan Arab iaitu "Syed" atau "Sheikh" dan jika disebut dalam loghat pattani (selatan Thai), ia berbunyi "Sik". Sebutan di antara bunyi Sik dan Saik. Mubaligh-mubaligh Arab yang menbuka penempatan ini. Mereka berhenti dan singgah dengan perahu di Lubuk Tok Keramat, Sg Chepir, berdekatan dengan stesen minyak Shell sekarang, di pekan Sik. Mereka telah mendirikan perkhemahan di sebuah padang yang dikenali sebagai Padang Tok Sheikh. Tapak ini kemudian berkembang menjadi sebuah penempatan dan pondok yang pertama di daerah Sik dan mungkin yang pertama di negeri Kedah Darul Aman. Padang Tok Sheikh sekarang ini terletak berhampiran dengan Masjid Pekan Sik dan sekarang ini dibangunkan sebagai Kompleks Pejabat Agama Daerah Sik, Kedah.

Alam sekitar

Sik merupakan sebuah kawasan yang masih lagi terpelihara flora dan fauna. Daerah ini masih lagi mempunyai kawasan hutan lipur dan hutan rekreasi yang banyak dan masih terpelihara. Selain daripada itu, daerah ini juga telah dijadikan sebuah "kawasan agro-pelancongan oleh Kerajaan Negeri Kedah".
Berikut adalah diantara Hutan Lipur dan Rekreasi serta kawasan pelancongan popular yang terdapat di daerah ini :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan