
Langkawi
merupakan permata di mahkota negeri Kedah. Sebahagian daripada 99 pulau
dalam Kepulauan Langkawi, pulau tropika yang menawan ini mempunyai
tarikan semula jadi yang merupakan antara yang terbaik di rantau ini dan
lokasi bagi Taman Geo Global UNESCO yang pertama di Asia Tenggara,
pengiktirafan yang diberikan oleh UNESCO di atas formasi geologinya. Ia
juga dikurniai air laut hijau bergemerlapan dan pantai putih bersih.
Pelbagai mitos dan lagenda menyelubungi kebanyakan tarikan di sini, dan
yang paling popular ialah lagenda Mahsuri, seorang dara jelita yang
dihukum mati di atas tuduhan berzina. Pulau bebas cukai ini juga
mempunyai lapangan terbang antarabangsa, resort bertaraf lima bintang,
padang golf yang mempesona dan marina serba lengkap.
Mesti cuba:
- Melawat ketiga-tiga taman hutan geo di Langkawi
- Menaiki kereta kabel ke puncak Gunung Machincang
- Mengunjungi Pulau Dayang Bunting dan Beras Basah

WSelamat
datang ke tapak arkeologi terkaya di negara ini. Lembah Bujang ialah
sebuah pusat tamadun Hindu-Buddha dan pusat perdagangan Asia Tenggara
yang pesat membangun dari abad ke-3 hingga ke-12 SM. Hampir 1,000
artifak telah ditemui di sini dan dipamerkan di Muzium Arkeologi Lembah
Bujang, termasuk barangan tembikar, manik, seramik dan gambar-gambar.
Lebih daripada 50 candi atau kuil purba telah digali sejak tahun 1997.
Penemuan yang terpenting di sini ialah Candi Bukit Batu Pahat yang
berusia lebih daripada 1,000 tahun.
TREE TOP WALK / SUNGAI SEDIM
Kulim

Hargai
keindahan alam semula jadi sambil berjalan di antara puncak pepohon
yang rimbun di Sedim, yang terletak di Hutan Simpan Gunung Inas.
Pengunjung yang tajam penglihatan berpeluang melihat burung, rama-rama,
burung enggang dan ungka semasa melalui jambatan ini, dengan ketinggian
yang bermula daripada 5,100mm dari paras tanah. Pelantar tertinggi di
laluan besi sepanjang 925m ini berketinggian 50m dari paras tanah.
Mengalir deras di bawahnya ialah Sungai Sedim, lokasi yang popular untuk
aktiviti rakit redah jeram.
Mesti cuba:
- Merakit meredah jeram, menaiki tiub dan berkayak di Sungai Sedim

Sebuah
mercu tanda yang terkenal di Alor Setar, Masjid Zahir memaparkan enam
kubah hitam – satu kubah utama dan lima kubah kecil yang melambangkan
lima rukun Islam. Seni bina Moornya yang menyerlah mirip masjid-masjid
di Langkat, Sumatera Utara. Dibina pada tahun 1912 oleh Sultan Kedah, ia
merupakan salah sebuah masjid yang tertua di Malaysia.
GALERI SULTAN ABDUL HALIM Alor Setar
Galeri
Sultan Abdul Halim terletak di dalam bangunan berusia 87 tahun yang
juga merupakan bekas Mahkamah Tinggi Alor Setar. Ia memaparkan lebih
daripada 2,000 barangan daripada koleksi peribadi Sultan Kedah. Antara
yang diperagakan ialah dokumen-dokumen rasmi, persalinan dan aksesori
diraja serta carta-carta yang menggambarkan 1,200 tahun salasilah
keluarga diraja Kedah dari tahun 1136 hingga sekarang. Selepas melawat
galeri ini, pengunjung boleh mengunjungi tarikan-tarikan lain yang
berdekatan seperti Balai Nobat, Balai Besar, Masjid Zahir, Balai Seni
Negeri, Pekan Rabu, Rumah Merdeka dan Menara Alor Setar.
TEMPAT KELAHIRAN TUN DR. MAHATHIR Alor Setar
Perdana
Menteri Malaysia yang keempat dan yang paling lama berkhidmat, Tun Dr.
Mahathir Mohamad, telah dilahirkan di rumah kayu tradisional bilik satu
ini pada tahun 1925. Pelajari tentang kehidupan dan pencapaian beliau di
sini dan lihat barangan-barangan yang dipamerkan termasuk perabot,
dokumen berkenaan susur-galur keluarga dan gambar-gambar zaman
persekolahan. Di perkarangan rumah ini terdapat dua dewan pameran,
sebuah auditorium dan pejabat, sebuah kedai cenderamata dan kilang air
batu yang pertama di Alor Setar.
MENARA ALOR SETAR Alor Setar
Salah
sebuah mercu tanda utama di bandar ini, Menara Alor Setar berdiri megah
pada ketinggian 165.5m. Menara komunikasi terkini ini merupakan yang
ke-19 tertinggi di dunia, dan kedua tertinggi di Malaysia selepas Menara
Kuala Lumpur. Dari jauh, ianya kelihatan seperti seikat batang padi.
Mesti cuba:
- Menaiki Pelantar Pemerhati pada ketinggian 88m dari paras tanah untuk menikmati pemandangan panoramik
- Menjamu selera di Restoran Berputar Seri Angkasa
MUZIUM PADI Kota Setar
Muzium
Padi terletak di kaki Gunung Keriang. Ia merupakan satu-satunya muzium
seumpamanya di Malaysia dan bangunannya menyerupai berkasberkas batang
padi. Ia mempunyai koleksi pameran yang menarik, yang kesemuanya
berkaitan dengan padi – daripada alat-alat yang digunakan ke maklumat
mengenai penanaman dan penuaian serta lagenda dan pantang-larang.
Tarikan yang wajib dikunjungi di sini ialah balai cerapnya, di mana
sebuah mural gergasi tiga dimensi memaparkan kehidupan masyarakat tani
yang kelihatan hidup. Pelantar berputarnya membolehkan anda melihat
pemandangan panoramik 360º yang menakjubkan.
GUA GUNUNG KERIANG Kota Setar
Kumpulan
gua Gunung Keriang - Gua Terus, Gua Pelamin, Gua Seribu Bayur dan
beberapa lagi yang tidak bernama mengandungi pembentukan batu kapur yang
menarik dan pasti menawan peminat gua. Gua-gua ini terletak kira-kira
8km dari Alor Setar.
KOLAM AIR PANAS ULU LEGONG Baling
Kolam
air panas semula jadi Ulu Legong menawarkan kolam-kolam dengan suhu di
antara 38ºC - 49ºC. Walaupun ia dibuka pada siang hari, suhu yang lebih
rendah di waktu malam menjadikannya waktu yang paling sesuai untuk
berkunjung ke sini. Ramai yang menghabiskan masa di sini sehingga awal
pagi. Kemudahan yang tersedia termasuk penginapan, bilik persalinan,
ruang rehat, bilik mandi, tandas dan kafeteria yang beroperasi 24 jam.
Kolam yang dikhaskan untuk wanita juga disediakan. Ulu Legong terletak
kira-kira dua jam perjalanan daripada Alor Setar dan lebih kurang 30
minit dari pekan Baling. Waktu buka: 24 jam Penyelenggaraan kolam
biasanya dijalankan pada waktu pagi.
TAMAN EKO ULU MUDA Sik
Taman
Eko Ulu Muda ialah sebuah pusat perlindungan hidupan liar untuk lebih
daripada 109 spesies mamalia, 54 spesies reptilia dan 33 spesies ikan.
Terletak di Hutan Ulu Muda seluas 120,000 hektar, ia menjadi tempat
tinggal yang selamat bagi berjenis-jenis haiwan seperti gajah, harimau,
badak sumbu, seladang, beruang madu dan tenuk. Taman ini juga merupakan
antara tempat yang terbaik untuk aktiviti mengkaji burung dengan lebih
daripada 200 spesies burung di dalamnya termasuk burung takur merah,
burung rimba besar hujan dan burung pacat gembala pelanduk.
Hutan Lipur Lata Mengkuang terletak di daerah Sik, Kedah. Kemudahan
yang terdapat di sini seperti pondok rehat dan tapak perkhemahan.
Disamping itu, terdapat denai hutan yang menghubungkan hutan lipur ini
ke Hutan Lipur Lata Lembu. Dibuka dari 7.00 pagi hingga 6.00 petang.
Untuk aktiviti perkhemahan dan bermalam, sila berhubung dengan Pejabat
Hutan Daerah. Tiada bayaran masuk dikenakan kepada pengunjung.

Hutan Lipur Lata Mengkuang

Tiada ulasan:
Catat Ulasan